Setiausaha Syarikat - Kod Etika Setiausaha Syarikat
EHSAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Dalam menjalankan tanggungjawabnya, seseorang setiausaha syarikat hendaklah sentiasa mematuhi kod-kod berikut:

  • Berusaha bersungguh-sungguh ke arah profesionalisme yang kompeten dan pada setiap masa mempamerkan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan kewajipan jawatannya;

  • Sesungguhnya, pada setiap masa melaksanakan kuasanya dengan suci hati, bertindak dengan penuh tanggungjawab, jujur serta berhati-hati dan penuh ketekunan di dalam menunaikan kewajipan jawatannya;

  • Pada setiap masa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membantu syarikatnya ke arah matlamat yang ditetapkan berdasarkan kepada kerukunan moral, kecekapan dan pentadbiran yang berkesan;

  • Mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat dan tujuan syarikat serta kuasa dan sekatannya seperti yang diperuntukkan di dalam Memorandum dan Perkara-Perkara Persatuan syarikatnya;

  • Mempunyai pengetahuan mengenai peraturan-peraturan dan kaedah´┐Żkaedah mesyuarat, khususnya kehendak-kehendak mengenai korum, pengundian dan peruntukan-peruntukan berkaitan proksi dan bertanggungjawab untuk mentadbir mesyuarat dengan teratur;

  • Tidak mengalih untuk manfaatnya sendiri apa-apa peluang perniagaan yang sedang diusahakan oleh syarikatnya dan juga tidak menggunakan atau mendedahkan kepada pihak-pihak lain segala maklumat sulit yang diperolehi melalui jawatannya untuk manfaat sendiri atau orang lain;

  • Mengamalkan sikap yang objektif dan positif serta memberi kerjasama sepenuhnya demi kebaikan bersama apabila berurusan dengan pihak berkuasa kerajaan atau badan-badan yang mengawal selia;

  • Memberitahu ahli lembaga pengarah atau pegawai awam yang sewajarnya apa-apa maklumat diketahuinya, yang dia dengan jujur mempercayai bahawa sesuatu penipuan sedang atau akan dilakukan oleh syarikatnya atau oleh mana-mana pengarah atau kakitangan syarikatnya;

  • Menghadkan dirinya menjadi setiausaha syarikat kepada suatu bilangan yang mana dia mampu menumpukan masa dan keberkesanannya dengan sebaiknya;

  • Membantu dan menasihati pengarah-pengarah bagi memastikan bahawa pada setiap masa syarikatnya menyenggara suatu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyimpan daftar-daftar dan rekod-rekod perakaunan yang sepatutnya;

  • Sentiasa bersikap saksama dalam hubungannya dengan pemegang saham, pengarah dan tanpa berat sebelah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pengarah dan syarikatnya mematuhi perundangan yang berkaitan, tanggungjawab-tanggungjawab kontrak dan kehendak- kehendak lain yang berkaitan;

  • Menghadirkan diri atau semasa ketiadaannya memastikan ia diwakili di pejabat berdaftar syarikatnya pada hari dan waktu yang pejabatnya berurusan dengan orang ramai;

  • Menasihati lembaga pengarah syarikatnya supaya tidak menerima pakai polisi yang bertentangan dengan kepentingan 'stakeholder' syarikat;

  • Menyedari akan laporan-laporan dan kehendak-kehendak lain statut yang di bawahnya syarikat diperbadankan; dan

  • Hadir atau diwakili dalam mesyuarat syarikat dan tidak membenarkan dirinya atau wakilnya dikecualikan atau diketepikan dari mesyuarat berkenaan yang mana boleh menjejaskan tanggungjawab profesionalnya sebagai setiausaha kepada syarikat

    Ehsan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA - Courtesy of Companies Commission of Malaysia


    Hero Ventures - Company Secretarial Services

    READY MADE SHELF COMPANIES - READY IN 60 MINUTES

    BRAND NEW COMPANY REGISTRATION - 10 Days

    PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN / MOF TREASURY REGISTRATION

    Daftar ENTERPRISE / SOLE PROPRIETOR / PARTNERSHIP REGISTRATION - ROB

    Winding Up / Closing Down Inactive Dormant Company

    COMPANY SEARCHES / CORPORATE INFORMATION Search - Sdn Bhd Enterprise

    SSM CORPORATE DIRECTORS TRAINING PROGRAMME (CDTP)

    Hero Ventures - Company Secretarial Services


    CONTACT US :
    HERO VENTURES SDN BHD
    Tel No : 019 - 394 0000,   016 - 286 0000,   012 - 3900 700 - Mr. Rustum
    Tel No : 03 - 4044 1000,   4044 2000,   4044 3000,   4044 4000,   4044 6000,   4044 7000,   4044 8000,   4044 9000
    Fax No : 03 - 4042 0723
    Address :   No. 40-2,  Second Floor,  Jalan 14/48A,  Sentul Raya,  Off Jalan Sentul,  51000  Kuala Lumpur
    Location Map


    .:   Site Map   :.   .:   Privacy Policy   :.   .:   Copyright   :.  .:   Location Map   :.  

    Copyright @ 2006 - HERO VENTURES SDN. BHD. - Company Registration Specialist