for more info on Malaysian National Budget 2008

KUALA LUMPUR, September 07 2007 - Malaysian Budget 2008 - Bajet 2008 Belanjawan

Perdana Menteri Malaysia- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sdlam ucapan Bajet 2008 Belanjawan sebagai Menteri Kewangan telah mengumumkan - secara ringkasan.

Malaysian Bajet 2008 Belanjawan

  • Peruntukan RM176.9 bilion, pertambahan 10.9 peratus berbanding Bajet 2007. Sebanyak RM128.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM48.1 bilion peruntukan pembangunan.

  • Sejumlah RM30 bilion disediakan untuk Kementerian Pelajaran dan RM6.5 bilion untuk sektor pertanian.

  • Yuran sekolah menengah dan rendah dimansuhkan.

  • Buku teks diberikan secara percuma kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

  • Naikkan beberapa elaun guru, dan memberi insentif elaun sehingga RM60 sejam kepada guru-guru yang mengajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

  • Mulai 2008, pencarum KWSP dibenarkan mengeluarkan baki akaun kedua mereka setiap bulan untuk membuat pembayaran ansuran pinjaman perumahan.

  • Pengecualian 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi kediaman yang tidak melebihi harga RM250,000 seunit.

  • Pengecualian duti setem sepenuhnya diberi ke atas pindah milik hartanah daripada suami kepada isteri.

  • Kerajaan sediakan dana RM50 juta untuk kemudahan pinjaman perumahan rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti petani dan pengusaha kecil.

  • Bilangan pelajar ijazah pertama yang mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada 10,000 mulai 2008 daripada 5,000 pada masa sekarang.

  • Elaun sara hidup pelajar tajaan kerajaan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada dinaikkan sehingga 97 peratus berkuat kuasa mulai September 2007.

  • Pengambilan 60,000 anggota polis baru dalam tempoh lima tahun dan pembelian tambahan 2,000 unit kereta dan 1,600 buah komputer untuk pasukan polis.

  • RM12 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh empat tahun untuk tingkatkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

  • Potongan cukai diberi kepada majikan yang sediakan komputer baru dan membayar langganan jalur lebar bagi kakitangan.

  • Pelepasan cukai sehingga RM5,000 ke atas yuran pengajian pasca ijazah mereka yang melanjutkan pelajaran, terbuka kepada semua bidang.

  • Cukai korporat diturunkan kepada 26 peratus bagi tahun 2008.

  • SISTEM cukai pendapatan satu peringkat dicadang diperkenalkan mulai 2008 bagi meningkatkan kecekapan dan memudahkan pentadbiran cukai korporat.

  • Menerusi sistem cukai satu peringkat, keuntungan hanya dikenakan cukai di peringkat syarikat dan dividen yang diterima dikecualikan cukai.

  • Tempoh peralihan enam tahun akan diberikan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem cukai satu peringkat.

  • Penguragan lanjut cukai korporat sebanyak 25 peratus akan dilaksanakan pada 2009. Cukai Korporat pada 2008 ialah 26 peratus.

  • Pengecualian cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan syarikat senarai awam (PLC) akan dilanjutkan hingga 31 Disember, 2010.

  • Lebih 1,000 vendor Petronas diminta bergabung supaya lebih kompetitif di peringkat global. Pengecualian duti setem akan diberi atas semua instrumen berkaitan penggabungan vendor-vendor yang dilaksanakankan sebelum 31 Disember, 2010.

  • Pemilikan syarikat pengurusan dana dan syarikat pengurusan REIT dibenarkan sehingga 70 peratus, dengan baki pemilikan minimum 30 peratus di kalangan Bumiputera kekal.

  • Kadar komisyen bagi dagangan Internet dan transaksi tunai pendahuluan boleh dirundingkan sepenuhnya bagi mengurangkan kos transaksi dalam perkongsian pelaburan oleh pelabur runcit.

  • Yuran penjelasan akan dikurangkan kepada 0.03 peratus daripada 0.04 peratus, dengan yuran maksimum RM1,000.

  • Caj minima bagi transaksi pembrokeran ditetapkan pada kadar RM40.

  • Membenarkan syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh syarikat syarikat pengurusan dana Islam.

  • Membenarkan keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar negara

  • Pengecualian cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiyai syarikat pengurusan dana atas semua yuran yang diterima berhubung aktiviti pengurusan dana Islam.

  • Bagi menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.

  • Tiga lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di Timur tengah.

  • Bagi mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan, termasuk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.

  • Syarikat Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

  • Pengecualian duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.

  • Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

  • Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan kesihatan di WPI.

    Hero Ventures - Company Secretarial Services

    READY MADE SHELF COMPANIES - READY IN 60 MINUTES

    BRAND NEW COMPANY REGISTRATION - 10 Days

    PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN / MOF TREASURY REGISTRATION

    Daftar ENTERPRISE / SOLE PROPRIETOR / PARTNERSHIP REGISTRATION - ROB

    Winding Up / Closing Down Inactive Dormant Company

    COMPANY SEARCHES / CORPORATE INFORMATION Search - Sdn Bhd Enterprise

    SSM CORPORATE DIRECTORS TRAINING PROGRAMME (CDTP)

    Hero Ventures - Company Secretarial Services


    CONTACT US :
    HERO VENTURES SDN BHD
    Tel No : 019 - 394 0000,   016 - 286 0000,   012 - 3900 700 - Mr. Rustum
    Tel No : 03 - 4041 0000,   4041 4000,   4043 4000,   4044 4000,   4044 7000,   4044 8000,   4044 9000
    Fax No : 03 - 4042 0723
    Address :   No. 40-2,  Second Floor,  Jalan 14/48A,  Sentul Raya,  Off Jalan Sentul,  51000  Kuala Lumpur
    Location Map


    .:   Site Map   :.   .:   Privacy Policy   :.   .:   Copyright   :.  .:   Location Map   :.  

    Copyright @ 2007 - HERO VENTURES SDN. BHD. - Company Registration Specialist